Saturday, January 17, 2009

sahabat...

Wanita! Biarlah hatimu lembut, dasar peribadi kewanitaan itu terpancar dengan sikapnya yang berhemah. Wanita muslimat yang dididik dasar keperibadian terselah kerana keimanannya. Pancarkanlah cahaya kasih sayang kepada sesiapapun, jangan ada kebencian dalam jiwa. Kerana kebencian itulah memancar peribadi yang amat buruk sehinggakan hilang rasa hormat pada siapa yang melihatnya. Sepertinya Endon yang memakan hati sayidina Hamzah. Walau sekeras mana pun hatinya .. menjadi lembut dengan keperibadian Rasulullaah s.a.w. Janganlah jadi wanita yang penuh dengan keegoan, keras hati dan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka dengan sikap wanita seperti itu.

Wanita juga memainkan peranan besar dalam kehidupan lelaki, kerana pengorbanan, dia sanggup lakukan apa sahaja demi kasih sayang. Seperti Khadijah, Siti hajar, Balqis, Siti Aishah, Zulaikha dan ramai lagi wanita Islam yang boleh di jadikan contoh. Banyakkan berbakti kepada orang yang kita sayangi, jangan sekali kali menghancurkan keperibadi kita yang tercela, kerana Allah menjadikan wanita sebagai teman dan isteri kepada lelaki. Tanamkan keimanan dan kekuatan untuk terus beribadah dan berdoa supaya tanamkan sifat kasih sayang kepada sesiapapun. Juga rasa ehsan kepada anak anak dan orang orang yang kurang bernasib baik.

Bila musibah menimpah, wanita yang jadi penyuluh dan menjadi kekuatan sang lelaki untuk terus memperjuangkan. Kerana lelaki selalu membuntuhkan kasih sayang dari seorang wanita sebagai contoh bila Rasulullaah s.a.w ketakutan dalam kejadian wahyu pertama. Rasulullaah s.a.w mencari khadijah dan di suruhnya selimutilah dirinya. Janganlah sia siakan tanggungjawap kita sebagai wanita. Jangan sesekali kita menjadi lemah dalam menempuhi ujian, kuatan diri dan banyakan beristiqomah kepada Allah, kerana setiap musibah yang datang ada hikmah disebaliknya. Jadilah wanita surga untuk menyinari surga dunia suami dan akhirat. Jadilah wanita solehah yang melakukan pendekatan pada keluarga juga masyarakat.

Akhir sekali, saudara saudara wanitaku, Teguhkan hatimu disaat kamu di cerca, di maki dan di seranah..dan juga saat menimpah musibah jangan sekali kali kamu menangis kerana musibah tapi sedihlah kerana keinsafan diri, senyumlah ucaplah rasa syukur kepada Allah ta'alah semoga Allah bertambah kebaikan kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya orang orang yang teraniya itu selalunya dibalas dengan kebaikan insyaallah amin amin amin ya rabbal alamin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails