Saturday, November 15, 2008

H00Reeyy!!

Alhamdulillah,sedar xsedr ari ni merupakan ari last aku final.kol 10.30pg td paper hubungan etnik y mrpkan paper last bg sem ni telahpun terjwb.ni mknanya sem 1 aku dh berakhir...sem 2 lak akan mncul jp lg...makin ari umur aku juga makin btambah^_^he6..ya allah,final dah abih,debaran nk menanti result lak y menyejukkan ku,pe pn aku terpaksa terima seadanya setelah aku berhempas pulas selama 3 bln,dalam penghujung bln 12 kek g aku akan dpt tuai hsilnya...he5,x sbr rsnyer nk blik kpg,nk rasa masakan nasi kerabu ma...Ma tggu tau...ad suprise..he33..Imey pn sbr tggu kpulangan kak kek g ekkk^_^..C U

Saturday, November 1, 2008



Lawanyer ikan2 nie..
Alangkah riangnyer mrk semua..









spt hidup ni jgk kn?kiter pn harus bijak mencorak n merancang agar ia menjd 1 y indah y xdpt kiter lupakan..br best!!!^_^

2/11

pe ek?
ari ni mrupakan ari kdua aku final..paper ari ni ok..alhmdulillah.ari ni exam ulum quran.dpt brp makh xtau.Tp pe pn,aku doakan semuanyer ok..^_^wlaupn ari ni dh lepas,8/11 ni exam English lak..gini la jd student..tp org kater time student ni r best,mmg btl pn...he5 coz time ni ler kiter leh cekup sbyk ilmu y kiter dpt..tp emmm np ek?np semakin dicekup,smakin byk lg pkara y aku xth..2r,ilmu 2 ad kt ne2 je..ats kiter je nk ke xnk..he2

ur Smiling


Emmm...
teringtnyer kt smua,buat ma n ayh thanx coz tlh bg didikan y tbaik buat diri nie..
Buat angoh y brd dikejauhan sane,studi leklok tau..all d best 4 final..buat adik2 kak y lain,kak doakan kjayaan smua..

Angoh,ad pe2 gtau kak ekkk..
Best Of Lux!!

Kak sayang semua^_^!!!
Don't wori b hepi k...

secebis kenangan



nie lah gambar kngnku y turut meninggalkan byk memori kpdku...swaktu ni aku sdg menjalani pektikum di Trg..

Byk pengalaman y aku dpt ms ni...nak jd pendidik ni bkn mudah..byk jg y tpksa aku hadapi..terutamany ketika brhdpn ngn kerenah pelajar y pelbagai..

Tp pe pn..
aku amat bterima kasih pd smua guru y byk m'bmbing aku ketika 2,tmbh2 lg pelajar2ku y nakal..kdg2 aku tsenyum seorg bl terkenangkan wajah kalian smua...
THANX A LOT!!!^_^

Wednesday, October 22, 2008

special 4 u ^_^...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan buat kalian semua terutamanya kpd my family,cik aida,teman n sahabat handai serta sesiapa sahaja y mengenali diri ini...mohon maaf dipinta atas sebarang kesilapan y telah dilakukan...maaf zahir dan batin

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Buat cik aida,thanx 4 teaching me^_^..
- drpd:024768

Monday, October 20, 2008

Ya Rabbb...

Ya Allah..
dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’


Kuih Cek Mek Molek

Bahan
4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

Selamat mencubaa...^-^


jom masakkk

Kuih Akok

Dsc02375

Kuih tradisional Kelantan

Bahan-bahan ( 36 biji )
  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

di ambang sore..

emmm..
masa mmg amat berharga,sungguh pantas ia berlalu..sedar xsedar aku kini dh berada di hujung sem..kurasakan aku baru sahaja menjejakkan kaki ke sini..tp 2 semua lamunan je..xlama lg dh nk final,just around d corner je.ad bbrp ari je lg...ari ni dh last kuliah ulum..sedih lak bl dgr amanat terakahir n kata-kata semangat n harapan y disampaikn oleh ustzh ..tp..sejauh manakah preparation aku setakat ni utk hadapi final??pe pn,aku bjnji pd diriku akan usaha wt y trbaik utk diriku n utk semua...aku xnk mghmpakan harapan mrk.mrk lah yang telah memberikan semngat kpd ku utk ku gagahi mengharungi semua ini..tnp mrk n insan y paling rapat dgnku,aku mgkin xbmaya..tp selagi tulang 4 keratku ni berdaya,aku berjanji akan usaha wt yang terbaik utk kalian semua....^_^
Sahabat...
.
Jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah SWT

Jika kubersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta

Jika kulemah tak berdaya
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
ajaklah aku meleraikan segera

Jika pernah hatimu terluka
luahkanlah agar aku berubah... .

Dan esok... .
Jika kulena tanpa jaga
iringlah aku dengan sekalung doa... ..

Berjanjilah sahabat
ukhuwah kita untuk selamanya... ...
THANK YOU MY FRIEND


Thank you for all the moments we've shared,
moments filled with shared dreams and wishes,
secrets, laughter, and tears, and above all, friendship.
Each precious second will be treasured in my heart forever.

Thank you for taking time, time to stop and take
an interest in me; time to listen to my problems
and help me find the solutions, and most of all,
time to smile at me and show you care..

Thank you for being you you're a wonderful person.
You were there when I needed you to confide
in and to ask advice from.

Through you, I began to understand and then like myself..
How can I ever tell you how much I care for you??

Thank you my friend.^_^..

that...


RAHSIA KEJAYAAN..

ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.

RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN.

UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN...

Katanya,

Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :

1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN

Ummphh...

ehmmmm...bestnye burger ni..its so nice kan.Begitulah hidup kiter..di dalam dunia ni,begitu banyak ranjau dan onak yang terpaksa dilalui.Tp..y paling penting kiter just harus pandai how 2 grab it..macam burger ni umpama mengandungi byk kngn n memori di dlmnya....it's so delicious,isn't ?..

Saturday, October 18, 2008

something that...

RAHSIA TULISAN


Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.


Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.


Condong ke kanan


Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!



SAIZ TULISAN

Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!


BENTUK TULISAN


Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.


Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


JARAK TULISAN

Tulisan jauh
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


Tulisan rapat
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


RUANGAN DI TEPI

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu.
Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya
Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

cheer up..


Kasih Sayang
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi sayang
Tuhan janjinya pasti
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails