Sunday, February 7, 2010

yang diingati...


sememangnyer benar...sekali kiter bertemu sebagai sahabat,rakan n someone else termasuk teman sekalipun...selagi 2 lah kiter bergelar someone and someone...hargailah setiap detik yg kiter lalui...ukhuwwah fillah abadan abada...gane nk gtau ek?gini lah...ia lebih manis drp coklat y paling manis...keh:):)

Monday, February 1, 2010

Dedikasi khas buat ''Dirimu''


Senyumlah duhai hati,
Walau pada hakikatnya,
‘Kau’ disaluti dengan kedukaan,
Sabarlah ‘dikau’ duhai hati,
Dalam menghadapi karenah dunia,Yang sangat melelahkan ‘dirimu.’


Duhai hati yang sentiasa mengaharapkan keampunan Rabbnya,
Janganlah ’dikau’ menilai,
Sebelum ’dikau’ mengetahui hakikatnya,
Kerna apa yang dilihat oleh sang mata,
Apa yang telah sang telinga dengari,
Dibaluti dengan debu kotor duniawi,
Diserikan pula dengan syak wasangka,
Hasil panahan syaitan laknatullah..

Duhai hati yang sentiasa mengharapkan Redha Penciptanya,
Celikkanlah mata ’mu’,
Kerana kata orang,
Nilailah sesuatu perkara melalui mata hati,
’Dikau’ mampu melihat sesuatu dengan lebih telus,
Berbanding dengan sepasang mata,
Yang hanya mampu melihat luaran sahaja...


Duhai hati yang takut akan azab Tuhan sekalian alam,
Tahukah dikau’ bahawa ’dikau’ ciptaanNya yang istimewa?
Sehinggakan KekasihNya yang agung bersabda,
Bahawa jika ’dikau’ baik,
Maka seluruhnya akan baik..
Namun wahai hati,
Jika ’dikau’ kotor, buruk dan hitam,
Maka seluruhnya juga begitu...


Wahai hati yang sentiasa mengharapkan cinta Kekasih Agung,
’Dikau’ tahu bahawa diri ini lemah,
Selalu tewas dengan rayuan syaitan,
Selalu mengalah dengan pujukan syaitan,
Namun ’dikau’ masih terus mengharap,
Mengharap dan terus mengharap,
Agar ’dikau’ beroleh keampunan dari Maha Pengampun,
Kerna ’dikau’ yakin denganNya,
’Dikau’ yakin bahawa pengampunanNya,
Kasih sayangNya mendahului murkaNya,
Oleh itu,
Jangan sesekali ’kau’ rasa penat,
Dalam mengharap keampunanNya,
Dalam mendamba cintaNya,
Dalam mengejar RedhaNya...


Duhai hati yang sentiasa mengharapkan mati yang sempurna,
Usahlah ’dikau’ terkorban kerana dunia,
Usahlah ’dikau’ biarkan diri’mu’ dikuasai oleh nafsu...
Kerana ’dikau ’dikatakan raja bagi sang insan...
Oleh itu,
Letakkanlah Rabb ’mu’ sebagai raja dalam diri’mu’...
Supaya ’dikau’ sentiasa berada dalam RahmatNya...


Duhai hati,


Aku tak mampu untuk ’mengenyangkan’ diri’mu’,
Aku tak mampu untuk ’menghiburkan’ ’mu’,
Namun akan ku cuba semampu ku,
Untuk menghidangkan ’dikau’ dengan alunan zikrullah,
Alunan indah Kalam Allah,
Akan ku cuba terdaya ku,
Untuk hiburkan ’mu’ dengan husnuzon,
Agar ’dikau’ terus subur mewangi,
Membantu diri ini dalam rentak perjuangan,
Membantu diri ini dalam langkah dakwah ilallah,
Agar aku kan bisa istiqamah,
Dalam jalan yang ’kau’ dan aku telah pilih bersama...
Hingga saat kita bersama dijemput menghadap Kekasih Hati...

Berusahalah ke arah mencapai kebahagiaan...
tp hakikatnyer jgn lp blajarlah menikmati kebahagiaan y dilalui:):)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails