Wednesday, December 30, 2009

SeSuci HidaYahMu seiNdaH KasihMu

KaLau DaHi Tak MenCeCAH SeJaDAH



Khas buat peringatan bg diriku n kalian..

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Sel awat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’

Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

p/s:jom same2 kiter berusaha utk mendpt keredhaan Allah

Monday, December 28, 2009

...*_*

CHaiyok9:)


cHaiYok6:)

temanku*sahabatku*rakanku*, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu


Teman..

Sahabat..

Aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Teman..

Sahabatku yang aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Teman..

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,teman n sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Teman..

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau teman n sahabatku.


Teman..

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerana kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.


Sungguh aku bersama mu.


Tulus,

Teman*sahabat*rakanmu..

Sunday, December 27, 2009

ini semua mampu berkata2...

nie ms nk final exam...
siap berteman lg 2:)


mEE BanDung:)


TeoW Kong fu:)


SapE ni EK:)!!!



Ni kat padang kitorang selalu g..
kat SawaH AyAh:)



SeNyum MELeBar jer nh?!!:)





he:)
naik ketpo nk g ne nh?!!


ewah8... kan main lg die makan ekkk? xnak kongsi ke 2? :):)

Sup GEAr Box




Satey Rayer Aidiladha


si kembar
yg ne 1 abg n ne 1 adik?:)


BeSSSSSttt!!!!!!!!






kat ne ni ekkkk?
he7
;)


wah8...iklan pe nih?!!! ooooo...nak ilangkan uban ekkkk?... :):)

Best nih...aummp...

kue ketayap


kue kosui


Cek Mek





**he6...ni semua kenangan ms cuti sem br nh:)...
byk lg..tp cukup r dl..
sekadar kenangan jer time teringat...:)

Pabila kalamku mula berbicara

salam wat kalian..
Aku bukan seorang penulis yang hebat….Aku juga bukan seorang sasterawan yang terkenal… Aku juga bukan seorang pakar untuk menulis…ku menulis Hanya Kerana DIA.
namun ku try utk melakukannya coz antara hobiku menulis...he8:)



Dia telah memberi ilham kepadaku… DIA memberi aku waktu … DIA juga memberi aku kesejahteraan … DIA juga telah memberi nikmat hidup untuk ku … Dengan keizinan dan kudrat-NYA aku dpt mulakan kalamku.


Dengan kelebihan dan kemampuan inilah maka wujudnya Kalam ini di alam maya kini… Anda yang sedang membaca pasti tersenyum dengan tulisanku ini … Sama ada senyuman itu kerana aku tak hebat menulis atau satu pemberian penghargaan buat diriku, aku ucapkan terima kasih kerana aku telah berjaya membuat para pembaca kalam ini bahagia dengan melemparkan senyuman manis ke arahku… Satu senyuman bermakna buat diriku kerana telah bertaut satu hubungan pesahabatan … he9:)…


Saturday, December 26, 2009

‘Perjalanan’ yang tiada akhir.

salam wt semua:)...
ari ni ku kt hostel menndakan sem br sudah pn bmula..
bkak jurnal y baru n y lama xd buang begitu je..
semuanyer harus ditempuh ngan mtlamat y 1

ku terpaksa bjalan lg
memandangkan perjalananku tiada berakhir n pghujungnya..
namun ku gagahkn diriku menruskan pjuangn ini...
kan ku harungi smua ni selagi kudratku terdaya
namun ku xseorg diri
ader teman y menemani
moga2 dgn inilh ku kan temui natijahnyer
sungguhnya....
suka duka dlm "perjalanan" ini
kan mghadiahkan kuntuman manis n bahagia wt selamanyer...
ameen...


Xkan sesekali kulupa...

"Wahai mawar indah, ku soal itu hanya satu tujuan, inginku petik buat menemani perjalanan pulangku kesisi Ilahi, moga perjalananku nanti dihiasi serimu."

"Wahai pemuda...jangan dipetik bunga itu,kerana ia pastikan layu...

Tapi

tanamlah ia,bersiramkan baja serta air yg secukupnya,agar ia subur berkembang sehingga menjadi taman bunga yang indah lg berseri,di ladang tempat bercucuk tanam..

dan

"janganlah menoleh, santunilah mawar itu andai dirimu benar-benar yakin dialah mawarmu sampai syurga"


thanx temanku...
xrugi jika hidup saling menasihati..
malah makin kukuhkan lg bahtera y dibina nnti..
semuanye sudah mennti,,
cume kiter y menanti pasti..
p/s:setiap y idup jgn lupa dibajai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails