Sunday, August 30, 2009

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Karimmm...


Sirna mentari di ufuk Syaaban
Tiba malam yang penuh erti
Dalam kelam bersinar keindahan
Ramadhan tiba sekali lagi

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat semua pengunjung teratak sinarmentari-anis.blogspot.com/.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan;).

Saturday, August 8, 2009

fakta warna - bagaimana perwatakan anda??

UNGU
-murah hati
-tak suka diperintah
-penuh inisiatif
-dingin
-kehendak meluap-luap

HITAM
-prihatin
-kuat hadapi cabaran
-tidak mudah terpengaruh
-setia
-baik hati

BIRU
"setia pada pasangan"
"senang pegang wang"
"terus terang & jujur"
"tegas & mudah memaafkan"
"berfikiran jauh"

MERAH
-berani
-emosional & tegas
-tamak & gelojoh
-suka bekawan
-suka hidup senang lenang

KUNING
-berilmu
-suka membaca
-tekun & cerdas
-tidak istiqamah
-suka berdolak dalik

HIJAU
"patuh pada agama"
"suka akan kedamaian"
"teguh pendirian"
"konsevertif"
"hidup penuh bahagia"

.: ANAKMU Y `KERDIL...

MA N AYAH

aku anakmu ingin memohon restu,
wahai ibuku, wahai ayahku,
ampunkan dosa-dosaku..
wahai ibuku, wahai ayahku,
redhakan akan diriku..

wahai tuhanku...
kasihi daku,
kasihi ibu dan ayahku,
wahai tuhanku...
rahmati daku,
rahmati ibu dan ayahku,

selamatkan mereka,
dari azab neraka dan bencana dunia
hubungkan mereka dengan taliMu...

wahai tuhan,
limpahkan hidayahMu,
untuk ayah dan ibuku,
wahai tuhanku,
berkati daku,
berkati ibu ayahku...

sayangilah mereka,
sepertimana mereka menyayangiku,
dan mengasihiku waktu kecilku,
tak terbalas budi jasanya...

wahai ibuku, wahai ayahku,
didiklah anakmu,
moga menjadi penyejuk dimata,
penawar resah hatimu...

ampunkan segala ketelanjuranku,
halalkan makan minumku,
doakan semoga aku selamat,
dunia dan akhirat...



kuhulurkan salam
untuk Rasul junjungan
moga disyafaatkan...
ya Allahu ya Rabbi
ya Fatahu ya A'lim
ya Rahmanhu ya Rahim


...Amin ya Rabbal 'alamin...

Monday, August 3, 2009

<< Siapakah guru yang berkesan>>

Guru-guru yang berkesan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang.
  2. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi.
  3. Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti.
  4. Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat.
  5. Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci.
  6. Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran.
  7. Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
  8. Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan.
  9. Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan sedarjah.
  10. Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
  11. Mereka tahu sama ada pelajar-pelejar mereka memahami apa yang telah diajar.
  12. Mereka sentiasa peka dan mengambil berat tentang kualiti pengajaran mereka.
  13. Pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep-konsep yang telah diajar.
  14. Mereka mengambil berat ke atas pelajar-pelajar tanpa pilih kasih.
  15. Pelajar-pelajar adalah sebagai sahabat mereka.
  16. Mereka akan berhubung dengan pelajar-pelajar secara individu.
  17. Mereka mengenali pelajar-pelajar mereka dan akan menegur sapa apabila bertemu di luar sekolah.
  18. Mereka mudah dihubungi oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa.
  19. Pelajar-pelajar dihormati sebagai seorang individu.
  20. Mereka adalah orang-orang yang dinamik dan bertenaga.
  21. Cara pengajaran mereka adalah amat menarik dan tidak membosankan.
  22. Mereka amat berminat dan seronok menjadi guru.
  23. Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
  24. Kepantasan dan intonasi percakapan mereka dipelbagaikan.
  25. Mereka mempunyai sifat berjenaka ( sense or humour ).
  26. Mereka mahir dalam mata pelajaran yang diajar.
  27. Pengajaran mereka dikaitkan dengan alam semesta dan kehidupan harian.
  28. Mereka mengambil berat tentang kemajuan dan peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar.
  29. Alat Pandang Dengan dan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas di dalam setiap pengajaran mereka.
  30. Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran itu digunakan secara optimum dan berkesan.
  31. Mereka mampu mengawal kelas dengan baik.
  32. Pujian kerap diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan tepat.
  33. Mereka memberi penjelasan mengapa jawapan yang diberi pelajar adalah tidak tepat.
  34. Semua pelajar diberi peluang sama rata dalam pengajaran dan pembelajaran.
  35. Mereka memberi tindakbalas serta merta kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar.

Adakah ANDA mempunyai ciri-ciri yang tersebut di atas? Jika jawapannya YA, Syabas saya ucapkan. Teruskan perkhidmatan anda dengan lebih berjaya dan berkesan. Jika jawapannya, YA sebahagian sahaja, maka anda masih boleh menambahkan usaha ke arah menjadi guru yang berkesan. Jika jawapan anda TIDAK, AWAS! anda akan merosakkan insan-insan kerdil yang anda didik. Berusahalah ke arah keberkesanan pengajaran anda sebelum lebih ramai insan-insan kerdil menjadi mangsa kedaifan anda. INGAT! anak anda mungkin akan diajar oleh guru seperti anda. Selamat berusaha.

Sifat-sifat pendidik menurut Islam


Pendidik dalam pendidikan Islam adalah sebagai mediator bagi anak-anak untuk mengikuti gaya Islami yang tercermin pada diri Nabi Muhammad s.a.w (Dr. Gamal Zakaria, 2002)
Para pendidik wajiblah membentuk keperibadiannya yang luhur. Pendidik adalah qudwah (kepemimpinan) dan juga uswah (model) yang baik yang sering ditonton oleh anak-anak didiknya maka seorang pendidik tidak akan menganjurkan sesuatu jika ia sendiri tidak melaksanakannya kerana ia menyedari tentang kemurkaan Allah (dosa) jika ia sendiri tidak melaksanakan apa yang ia ucapkan.Oleh itu para pendidik perlulah menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang paling mulia di dalam Islam. Dr. Abdul Halim al Muhammady menyenaraikan lapan sifat yang wajib dimiliki oleh pendidik, iaitu:
  1. Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredaan Allah). Sifat Zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana belasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Namun Ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu. Kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.
  2. Kebersihan diri. Sebagai pendidik hendaklah menjauhkan diri dari kekotoran sifat-sifat mazmumah seperti bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan dari kekotoran syara’ yakni melakukan perkara-perkara dosa besar dan yang diharamkan oleh Islam.
  3. Keikhlasan dalam bekerja, termasuklah juga sifat dedikasi.
  4. Mempunyai sifat halim, iaitu sifat lemah lembut, sopan santun, tidak lekas berang.
  5. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri, yakni tidak melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada dari segi pakaian , perbuatan dan percakapan.
  6. Perlu merasa dirinya sebagai bapa dalam menghadapi muridnya.
  7. Hendaklah memahami tabiat murid-muridnya .
  8. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas (Dr.Abdul Halim Al-Muhammady, Jurnal Pendidikan, Disember 1986).

Buat ADIK2KU..

ADIK2KU..
air mata kejayaan ..
air mata kegembiraan..
air mata keharuan..
tanpa disedari..
semuanya tumpah membasahi pipi



TAHNIAH buat adik2ku yang tersayang..
atas kejayaanmu meraih kejayaan..
Semoga kejayaanmu menjadi inspirasi
utk terus mengorak langkah
ke arah kecemerlangan di masa hadapan


kejayaanmu adik2ku,
telah menitiskan air mata ma n ayah,
menangis kegembiraan
gembiranya ayahbonda kita
tatkala engkau mempamerkan kejayaanmu,
engkau gembira,
kami gembira:).


adik2ku,
usah leka dengan permainan dunia
kelak dikau kan binasa
pandanglah dunia ini dgn mata hati
agar kau bisa melihat apa yang tersembunyi


tahukah engkau wahai adik2ku,
ranjau di hadapan lebih sukar
penuh onak dan duri
taburkanlah sekelumit pengorbanan
agar kau tabah menghadapi n merentasinya
semoga kejayaan hakiki duniawi & ukhrawi menjadi milikmu

Akhir kalam,
salam mujahadah buat semua..
teruskan perjuangan
jgn berhenti sekadar cuma
ingatlaH..
dikaulah permata ma n ayah..
y sentiasa menyinari tanpa mengira masa.


semoga berjaya adik2ku..
kak doakan impianmu tercapai kelak..
Ameen..

Drpd,
kakakmu:)..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails