Friday, March 27, 2009

Si Pendayung dan Professor


Gambar Sekadar Hiasan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.

Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?"Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi? " Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...

sekadar coretan buat kalian..

Just utk shbt n teman seperjuangan..sdr xsdar xlama lg dh nk study week pn..Final just around d corner.. Tiada yg lbh penting melainkan keseimbangan akhlak & akademik...apa yg tlh berlalu jdkanlah iktibar krn ia xkan kmbali lg..justeru itu kiter xseharusnya give up sebaliknyer hendaklah sentiasa berusaha utk yg terbaik coz yg mendatang itulah pilihan kiter y trpksa kiter tempuhi..Jika kiter sntiasa m'beri alasan tentang apa shj, ini bmkna kiter masih gagal mncapai apa yg kiter inginkan shg ke ari ini,jika kiter masih lg gagal mencapai apa shj y kiter inginkan, fikirkan semula adakah kiter suka m'beri alasan atas kegagalan kiter...Walau pe pn yg terjd n pe2 je y kiter tempuhi,kiter hendaklah terimanyer dengan redha krn setiap dugaan Allah sudahpastinyer tersirat 1001 hikmah yg dsebalik.Hanya Dia Yang Maha Mengetahui knp kiter diuji menurut kemampuan masing2..Waakhiiran,selamat maju jaya wt smua kenalan:) ..do d best n ma'annajah...rajin2lah berusaha sbl tibanyer musim menuai...InsyaAllah akn mendpt hasil tuaian yg membanggakan kek g.Ameen...:)

ANIS HANYA SEORANG..

Ummahatul- Mukminin…



KHADIJAH BINTI KHUWAILID (wafat 3 sebelum masihi)
Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Nabi ditahun-tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian beliau dikenali sebagai “wanita suci”. Rasulullah menikahinya 15 tahun sebelum diangkat menjadi nabi. Putera puterinya dari Rasulullah ialah Qasim, Abdullah (kedua duanya meninggal dunia ketika masih kecil), Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberikan sokongan yang penuh kepada Rasullullah dalam perjuangan menegakkan Islam, samaada dari segi sokongan moral atau material. Beliau wafat pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan du Hujun.

AISYAH BINTI ABU BAKAR (wafat 25H)
Beliau dipersuntingkan oleh Rasulullah pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri baginda yang dikahwini ketika masih gadis. Beliau isteri yang paling dicintai oleh baginda dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah. Beliau termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

HAFSAH BINTI UMAR (wafat 45H)
Semenjak Islam muncul, beliau terus memeluk agama Islam. Beliau bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, suaminya meninggal dunia selepas Perang Badar. Rasulullah melamarnya dari orang tuanya. Wafat di Madinah.

JUWAIRIAH BINTI HARITS BIN ABU DHIRAR (wafat 56H)
Nama asal beliau ialah Burrah binti Harits. Beliau ditawan oleh kaum muslimin ketika peperangan Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit untuk menrbus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Beliau pergi menghadap Rasulullah untuk meminta bantuan. Rasullullah menawarkan kepadanya persetujuan untuk membayar sejumlah harta yang disepakati itu, kemudian setelah beliau merdeka, Rasulullah pun menikahinya.

MAIMUNAH BINTI HARITS (wafat 50H)
Nama asalnya ialah Burrah, kemudian Rasulullah menukar dengan panggilan Maimunah. Beliaulah yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi, kerananya turun ayat yang bermaksud : “ Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi…” (Al-Ahzab,ayat 50)

MARIAH QIBTIAH (wafat 16H)
Seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, iaitu penguasa Mesir kepada Rasulullah pada tahun 7H. Setelah dimerdekakan, beliau dinikahi oleh Rasulullah dan mendapat seorang putera bernama Ibrahim. Setelah Rasulullah wafat, beliau dibiayai oleh Abu Bakar kemudian Umar. Wafat pada masa zaman pemerintahan Saidina Umar.

SAUDAH BINTI ZAM'AH (wafat 23H)
Beliau memeluk agama Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam tahun Kedua Hijrah, suaminya meninggal dunia. Kemudian dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau termasuk dikalangan isteri Nabi yang sering memberi giliran harinya kepada Aisyah.

SOFIAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB (wafat 50H)
Sebelum Islam beliau adalah penganut Yahudi Bani Akhtab yang tertawan pada pererangan Khaibar. Rasululah memilih dan memerdekakannya, kemudian beliau memeluk Islam. Lalu Rasulullah menikahinya dan wafat di Madinah.

UMMU HABIBAH BINTI ABU SOFYAN (wafat 44H)
Nama beliau yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sofyan, beliau ikut hijrah ke Abessina bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meniggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya untuk Rasulullah. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar 400 dinar.

UMMU SALAMAH (wafat 57H)
Beliau ialah Hindun binti Umaiah, termasuk dalan kalangan sahabat wanita yang pertama memelik Islam. Beliau termasuk golongan yang ikut hijrah 2 kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, kemudian Rasulullah menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis serta membaca. Beliau dikurniakan usia yang panjang. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.

ZAINAB BINTI JAHSY (wafat 20H)
Nama asal beliau ialah Burrah, sepupu kepada Rasulullah. Berkahwin dengan Zaid bin Haritsah.
Setelah diceraikan beliau dinikahi oleh Rasulullah dan diberi nama Zainab. Dikenali dengan “Ummul Hakam”. Beliau sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah.

Thursday, March 26, 2009

......AKU SEKADAR DIPERSINGGAHAN......

......AKU SEKADAR DIPERSINGGAHAN......

Sekian lama hidup di kegelapan,,,teraba2 tanpa tujuan
Akal dan budi seakan xberfungsi,kemanakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta...
Menyiksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri

....ReNuNgKaNlah DiRi....

Kita sekadar dipersinggahan
Pasti kembali pd yg Menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani
Jangan berharap jgn berputus asa

....InSafLaH, SeMuaNya DaRiNya Jua....

Usah biarkan diri terkorban dgn dunia
Pada Ilahi bantuannya dinanti
Iman dan taqwa yg sejati
Itulah bekalan diri

Doa senjata mrk yg beriman
Tuhan Pencipta Maha Penyayang
Mohon petunjuk,mohonkan bantuan

...HaNya PaDa TuHaN...
Fikir sejenak

Pelajar Cemerlang SPM 2008 vs Kita

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails