" GUD LUX " For ALL my beloved friends.. jgn sesekali give up dlm idup ini tp.. usaha n terus usaha utk mncapai matlamat y 1 bdsrkan "IDEAL VISION" y t'bina SIIRUU 'ala BARKATILLAH.. ChaIYooK!!
Teman.. Janganlah kau bermuram hiba meratap luka Janganlah kerana kedukaan mu menggagalkan hidupmu Hidup ini tidak seindah seperti yang kita sangkakan Hidup ini dipenuhi dengan penderitaan dan kekecewaan Dan kerana penderitaan itulah hidup ini menjadi kian bererti Itulah lumrah kehidupan ini..
Teman.. Cinta sejati tidak hadir berulang kali Cinta sejati terlalu sukar untuk di cari Cinta sejati hilang tiada berganti Namun cinta sejati harus di cari Demi kehidupan ini..
Teman.. Cinta adalah satu lumrah Kerana cinta itu adalah kemesraan Kemesraan menjadi kebahagiaan Andai ianya di sulam dengan keimanan Namun apalah ertinya cinta andai tiada bahagia..
Teman.. Kau berada jauh di puncak kejayaan Kau tinggalkan keluarga dan sanak-saudara Menuju kejayaan yang engkau impikan selama ini..
Teman.. Cinta memerlukan keimanan Tanpa keimanan, hilanglah kesucian Cinta memerlukan keikhlasan Tanpa keikhlasan, hilanglah kesetiaan Cinta memerlukan kesetiaan Tanpa kesetiaan, hilanglah kepercayaan Cinta memerlukan pengorbanan Tanpa pengorbanan, hilanglah pengertian..
Teman.. Antara cinta dan pelajaran Yang manakah lebih bermakna buatmu Hadapilah hidup ini dengan tenang dan sabar Yakin dalam setiap keputusan yang diambil Tabah dalam menentukan dan cekal dalam mengaharungi InsyaAllah, kau mampu hadapinya dengan hati yang redha..